Thursday, March 26, 2009

You'll Never Walk Alone


Rase nye 1x je dapat tengok sepanjang hayat ni. Liverpool, pasukan kesayangan ku membelasah Man U, pasukan yang paling aku FUCK. Yang paling manis ia berlaku di Old Trafford, stadium paling besar di kalangan kelab2 England.


Ternyata Benitez telah merungkai segala kelemahan yang dimiliki oleh United. Apa yang aku dapat adaptasi dari daripada taktikal Benitez, untuk mengalahkan United perlu ada Defensive Midfielder (DM) yang bagus. Liverpool tidah dinafi menpunyai barisan DM yang bagus seperti Alonso, Masherano dan Lucas. Pada masa yang sama Gerrard juga mampu untuk bertindak sebagai DM.


Pada malam yang penuh bersejarah itu, United kelihatan seperti orang bodoh. Ronaldo tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Seperti biasa, Gerrard akan mengemudi dengan tenang. walaupun ketinggalan seawal minit permainan, namun Gerrard berjaya mengawal anak-anak buah nya supaya bersabar. Dan hasilnya, 4 gol diperolehi selepas itu.


Minggu tersebut merupak minggu liverpool. Setelah membelasah Real Madrid 4-0 di saingan Liga Juara-Juara, Man Utd menjadi mangsa berikutnya. Belum habis meraikan kejayaan membelasah United, seminggu selepas itu Aston Villa dibelasah 5-0 pula di Anfield. Memang menakjubkan. United pada masa yang sama menerima kekalahan kedua berturut-turut apabila tunduk ditangan Fulham.


Semasa perlwanan bersama United kelihatan agak tertekan. Pengurus Fulham sudah pasti mengambil sedikit tips daripada Benitez tentang bagaimana caranya untuk menundukkan United.


Kini Ferguson pasti gelisah apabila pasukannya sudah hilang fokus. Ferguson perlu mengubah sedikit strategi kerana taktikal yang ampuh pada suatu ketika dahulu telah dilenyapkan sekelip mata oleh Benitez. Ronaldo kian tertekan kerana ketika ini belaiu menjadi mengsa terjahan pihak lawan. Sehingga satu tahap Ronaldo mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin akan meninggalkan England disebabkan layanan keras pemain lawan diatas padang.


Yang sebenarnya, hati Ronaldo sudah tiada di Old Trafford. Hatinya kini di Madrid. Ibu Ronaldo mengimpikan beliau menyarung jersi Real Madrid. Teman wanitanya pula mahu mereka menetap di Spanyol. Akan tetapi Ferguson menidakkan semua itu. Bagi Ferguson, semua pemainnya harus menjadi hambanya. Satu sikap tidak professional Ferguson ialah, apabila pemainnya bagus beliau akan menatang bagai minyak yang penuh dan sebaliknya, jika pemain beliau sudah tidak mampu beraksi baik, beliau akan campakkan nya ke dalam tongsampah. lihat sahaja apa yang terjadi pada Beckham dan Nistelroyy.


Terbaru, Ronaldo meminta agar gajinya dinaikkan kepada 180,000 pound seminggu. Permintaan beliau masih di dalam pertimbangan. Jumlah tersebut merupakan jumpalh yang telah dipersetujui oleh Madrid untuk mendapatkan khidmat Ronaldo.


Walu ape pun, Liverpool tetap dihati..


Terimalah lagu dari ku ini...


You'll Never Walk Alone


When you walk through a storm
Hold your head up high
And don’t be afraid of the dark
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain,
tho’ your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on with hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone
Walk on, walk on with hope in your heart
And you’ll never walk aloneYou’ll never walk alone

Thursday, March 12, 2009

COME BACK!!!!!

Assalamualaikum & Salam Reformasi...
Sudah lama rasanya tidak memblogkan diri ini. Memang lame betul. Dah lame tak bagi perkembangan semasa tentang diri ini dan hal-hal semasa. Bukan aku sengaja tak nak memblog. Tapi internet kat ofis aku ni tibe2 block access ke laman blogspot. Sebab tu la aku lama menyepi. Walau ape pun, selamat bertemu kembali.
Adios!!!!!!