Wednesday, November 26, 2008

New Club



Staff FC. Ini lah kelab terbaru aku. setelah lebih 5 tahun aku gantung but, tiba-tiba aku telah ditawarkan kontrak untuk bersama Staff FC untuk satu tempoh aku sendiri un tak tahu.

Sebelum Staff FC, telah banyak kelab yang aku wakili. Terutama semasa aku belajar di UPM pada tahun 2001-2003. Di UPM aku mula mewakili Kolej 13. Kolej 13 telah menlonjakkan nama ku. Aku pernah di lantik sebagai kapten. No jersi aku 7. Orang gelar aku beckham. aku pu tak tau kenapa. Sedangkan aku tak pernah suka Beckham. May be sebab aku pakai jersi no. 7 dan karektor aku di dalam padang lebih agresif dan tegas.

Mase aku bermain untuk Kolej 13, team mate aku sume nye best. Striker aku, pernah main untuk milo cup untuk skuad pahang, Lagi seorang striker, pemain coca-cola cup skuad Sabah. Dalam team tu ade seorang pemain Piala Presiden Negeri Sembilan. Dia selalu berulang dari UPM ke Seremban semata-mata untuk training dengan Team Negeri Sembilan. Mula-mula, dia lah kapten team aku. Die main bagus gile. Tapi die tak boleh bagi arahan di dalam padang. Sejak daripada itu, aku di lantik menjadi kapten.

Semasa aku bermain untuk Kolej 13, aku bermain dibahagian MC dan DM. Kadang-kadang aku ditarik untuk bermain di RB. Kemuncak kerjaya aku sewaktu bermain untuk Kolej 13, aku telah dipilih untuk sesi pemilihan Skuad UPM dalam menghadapi Celcom Uni-league. Namun hajat aku untuk mewakili UPM tidak kesampaian kerana telah di dapati bersalah memulaukan pihak pengurusan Kolej 13. Kes tersebut telah dipanjangkan kepada pihak pengurusan UPM FC. Akhirnya, aku dan seorang kawan aku telah digugurkan.

Aku beralih angin. Aku tidak lagi bersama Kolej 13. Aku mewakili Kolej 14 pulak. Jodoh aku dengan Kolej 14 tak lame. Aku di dismissed kan dari UPM. Sejak daripada itu, aku telah berhenti bermain bola secara professional.

Sekarang aku mewakili Staff FC. Tapi situasinya jauh berbeza dengan zaman aku di UPM. Dalam Staff FC aku bukan lah seorang star. Aku tidak sehebat dulu. Dulu berat badan ku 57kg. Sekarang dah 80kg. So, paham-paham sendiri la. Aku pun tak ingin menjadikan bolasepak ini sebagai kerier ku. Nasib baik aku tak menjadi seorang pemain bolasepak professional. Sebab bolasepak kat Malaysia ni tak de future.

Tapi aku gembira bermain bolasepak kembali. Aku kini bersama Staff FC. Walaupun kini Staff FC hanya bertaraf amatur, sekurang-kurang nye Staff FC memiliki seorang player yang bertaraf pro iaitu DOGEK. Aku akan cube ajak member-member aku yang pandai main bola untuk bekerja di UTP. Oleh itu mereka akan dapat mewakili Staff FC. Aku telah kenal pasti seorang budak bernama IPIN. Dia penyerang skuad Piala Presiden Perak tahun 2007 & 2008. Sekarang die sedang belajar di Politeknik. Dia dapat tawaran untuk mewakili Perak tahun depan. Tapi die fade-up sebab elaun dia masa main Piala Presiden masih tertunggak. Harap-harap dia akan mewakili Staff FC satu hari nanti.

All the Best Staff FC...

---------------------------------------------------------------------

Translation upon request

Friday, November 21, 2008

MY FAMILY




Keluarga Besar ku.


Berdiri dari kiri: Wan Khairul Fadzli (abg ngah) & Wan Khairul Fahmi (ude).


Duduk di belakang dari kiri: Wan Zulkifli (papa), Hasanah (mama), Wan 'Izza Alya (Yaya), Ruzlin Hafinaz (ibu) & Wan Faiezatul Husna (jaja)


Duduk di hadapan dari kiri: Wan Khairul Fardan (bob), Wan Khairul Faizee (aku), Wan Faridatul Husna (ida) Wan Farhana Husna (kakak) & WanFayyadhana Husna (Fayad)


Papa: Usahawan Berjaya (macam-macam bisnes papa buat)


Mama: Isteri Solehah (salu join bisnes papa)


Abg Ngah: Final Sem di UIA, Ijazah Undang-Undang (bakal lawyer)


Kakak: Jurulatih PLKN, Kem Banting


Ude: 2nd Year di UTM, Skudai, Ijazah Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (bakal engineer)


Ida: Masih memikirkan apa yang harus dilakukan (baru habis SPM)


Bob: TIngkatan 4, SMK Teknik Slim River. (tahun depan SPM)


Jaja: Tingkatan 2, SMK Sungai Kruit (tahun depan PMR)


Fayad: Baru Habis UPSR (result, 2A 3B)


Yaya: Umur baru 1 tahun 4 bulan. (dah pandai mengamuk, nakal dan petah bercakap)


Ibu: Guru di Sultan Yusuf School (isteri mithali)


Ayah: Aku... Sekarang bekerja di UTP (tapi sambil2 tu buat bisnes jgk. ikut jejak langkah papa)


----------------------------------------------------------------------


Translation upon request

Thursday, November 20, 2008

Staff FC, UTP, Metro 16 Nov 2008


Staff FC, UTP (jersi kuning) Berdiri dari kiri: Mahidzal, Shafawi, Remy, Faizee, Sayuthi
Duduk dari kiri: El-Yas, Sham, Yusry, Fathimie, Mesarat, Salmi, Lan (jersi keeper ungu)

Metro, 16 Nov 2008

Melaka, 8 Nov: Satu perlawanan persahabatan diantara Petronas Penapisan Melaka (PPM) dengan Universititi Petronas (UTP) telah berlangsung di padang bolasepak PPM pada 8 Nov yang lalu. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh PPM 1-0.

Gol dijaringkan pada separuh masa pertama hasil rembatan kencang dari dalam kotak penalti. Penaja gol UTP gagal membaca sepakan tersebut akibat dihalang oleh beberapa pertahan UTP.

UTP bangkit dengan memperkemaskan jentera tengah. Namun penyudah yang tumpul mengakibatkan gol gagal dihasilkan. Barisan pertahanan UTP juga dilihat kucar kacir akibat bermain secara bertahan.

Separuh masa kedua, UTP telah melakukan satu pertukaran dengan memasukkan Faizee untuk bertindak dibahagian pertahanan kanan. Kemasukan Faizee berjaya mengkoordinasi bahagian pertahanan dengan melancarkan beberapa perangkap offside.

UTP berusaha mencari gol penyamaan. Hasil dari satu serangan balas, bola hantaran Salmi dari tepi singgah di kepala Fatimie iaitu penyerang UTP. Namun tandukan Fatimie lemah dan liar dan usaha mencari gol masih menemui jalan buntu.

Separuh masa kedua juga menyaksikan kedua-dua pasukan membuat pertukaran. PPM cuba mengendurkan asakan dan bermain secara 'counter attack'. PPM hampir menambah jaringan apabila aksi kala jengking yang cuba dilakukan oleh penyerang mereka setelah mendapat hantaran cantik gagal menemui pintu gol.

Tamat permainan, keputusan muktamad PPM 1, UTP 0...

Wednesday, November 19, 2008

IBU & YAYA

Salam...

Mereka adalah buah hati aku. Ibu bernama Ruzlin, anak bernama Alya @ Yaya. Umur ibu sebaya dengan ku. Umur Yaya pulak baru 1 tahun 4 bulan. Tanggal 19hb July hari tu, kami bau menyambut hari lahir Yaya yang pertama..

11hb Dis nanti, hari lahir Ibu pulak. Hmmm... tengah plan nak celebrate macam mana pada hari tu. Ibu bekerja sebagai guru kontrak. Gaji nya lebih banyak dari aku. tapi aku tak kisah...

Yang penting kami bertiga bahagia... Hmmmm.... bile nak berempat pulak ek? Hanya Allah yang tau...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Translation upon request

KNOW ME...


Full Name : Wan Khairul Faizee Bin Wan Zulkifli
NickName : Fai, Gebang, Bet
Address : 1292, Jalan Bunga Tanjong,
Sungai Tapah,
30020 Ipoh,
Perak
Contact No : 012-5007411 (h/p)
Education : SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar (2ndary School)
Universiti Putra Malaysia (Dismissed)
Politeknik Sultan Azlan Shah, PSAS (Dip. in Marketing)
Status : Married
Wife's Name : Ruzlin Hafinaz Bt Redzuan
Child's Name : Wan 'Izza Alya
Career : Clerk nd Businessman
Type of Business : Trading and Contactor
Name of Employer : Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Achivement :
1. Kolej 13, UPM Football Player
2. Best Student, Politeknik Sultan Azlan Shah (3rd Convo Ceremony)
3. Yang DiPertua, Majlis Perwakilan Pelajar (PSAS)
4. Staff FC, UTP
Interest : Sports, PlayStation, Vacation,
Favourite Football Club : Liverpool (You'll Never Walk Alone)
*note: this pic was taken in 2003. please view profile to get new pic.

Welcome Drink!!!

Assalamualaikum...

This is my 1st day here. Nothing much i can say. Hopefully you will:

1. Share
2. Feel
3. Comment
4. Enjoy

Actually this is the only media i have to share to everyone of you my life and experience. You are most welcome to give your comments, share your life regardless its happy or sorrow.

Later on, i will provide my profile for your views and hopefully its makes us closer.

Bye for now. See you very soon.

Wassalam

*sorry, there's no juice or even plain water served. hehehehe...