Thursday, November 20, 2008

Staff FC, UTP, Metro 16 Nov 2008

Posted on 8:32 AM by failin83Inc


Staff FC, UTP (jersi kuning) Berdiri dari kiri: Mahidzal, Shafawi, Remy, Faizee, Sayuthi
Duduk dari kiri: El-Yas, Sham, Yusry, Fathimie, Mesarat, Salmi, Lan (jersi keeper ungu)

Metro, 16 Nov 2008

Melaka, 8 Nov: Satu perlawanan persahabatan diantara Petronas Penapisan Melaka (PPM) dengan Universititi Petronas (UTP) telah berlangsung di padang bolasepak PPM pada 8 Nov yang lalu. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh PPM 1-0.

Gol dijaringkan pada separuh masa pertama hasil rembatan kencang dari dalam kotak penalti. Penaja gol UTP gagal membaca sepakan tersebut akibat dihalang oleh beberapa pertahan UTP.

UTP bangkit dengan memperkemaskan jentera tengah. Namun penyudah yang tumpul mengakibatkan gol gagal dihasilkan. Barisan pertahanan UTP juga dilihat kucar kacir akibat bermain secara bertahan.

Separuh masa kedua, UTP telah melakukan satu pertukaran dengan memasukkan Faizee untuk bertindak dibahagian pertahanan kanan. Kemasukan Faizee berjaya mengkoordinasi bahagian pertahanan dengan melancarkan beberapa perangkap offside.

UTP berusaha mencari gol penyamaan. Hasil dari satu serangan balas, bola hantaran Salmi dari tepi singgah di kepala Fatimie iaitu penyerang UTP. Namun tandukan Fatimie lemah dan liar dan usaha mencari gol masih menemui jalan buntu.

Separuh masa kedua juga menyaksikan kedua-dua pasukan membuat pertukaran. PPM cuba mengendurkan asakan dan bermain secara 'counter attack'. PPM hampir menambah jaringan apabila aksi kala jengking yang cuba dilakukan oleh penyerang mereka setelah mendapat hantaran cantik gagal menemui pintu gol.

Tamat permainan, keputusan muktamad PPM 1, UTP 0...

No Response to "Staff FC, UTP, Metro 16 Nov 2008"