Wednesday, November 26, 2008

New Club

Posted on 11:43 AM by failin83Inc



Staff FC. Ini lah kelab terbaru aku. setelah lebih 5 tahun aku gantung but, tiba-tiba aku telah ditawarkan kontrak untuk bersama Staff FC untuk satu tempoh aku sendiri un tak tahu.

Sebelum Staff FC, telah banyak kelab yang aku wakili. Terutama semasa aku belajar di UPM pada tahun 2001-2003. Di UPM aku mula mewakili Kolej 13. Kolej 13 telah menlonjakkan nama ku. Aku pernah di lantik sebagai kapten. No jersi aku 7. Orang gelar aku beckham. aku pu tak tau kenapa. Sedangkan aku tak pernah suka Beckham. May be sebab aku pakai jersi no. 7 dan karektor aku di dalam padang lebih agresif dan tegas.

Mase aku bermain untuk Kolej 13, team mate aku sume nye best. Striker aku, pernah main untuk milo cup untuk skuad pahang, Lagi seorang striker, pemain coca-cola cup skuad Sabah. Dalam team tu ade seorang pemain Piala Presiden Negeri Sembilan. Dia selalu berulang dari UPM ke Seremban semata-mata untuk training dengan Team Negeri Sembilan. Mula-mula, dia lah kapten team aku. Die main bagus gile. Tapi die tak boleh bagi arahan di dalam padang. Sejak daripada itu, aku di lantik menjadi kapten.

Semasa aku bermain untuk Kolej 13, aku bermain dibahagian MC dan DM. Kadang-kadang aku ditarik untuk bermain di RB. Kemuncak kerjaya aku sewaktu bermain untuk Kolej 13, aku telah dipilih untuk sesi pemilihan Skuad UPM dalam menghadapi Celcom Uni-league. Namun hajat aku untuk mewakili UPM tidak kesampaian kerana telah di dapati bersalah memulaukan pihak pengurusan Kolej 13. Kes tersebut telah dipanjangkan kepada pihak pengurusan UPM FC. Akhirnya, aku dan seorang kawan aku telah digugurkan.

Aku beralih angin. Aku tidak lagi bersama Kolej 13. Aku mewakili Kolej 14 pulak. Jodoh aku dengan Kolej 14 tak lame. Aku di dismissed kan dari UPM. Sejak daripada itu, aku telah berhenti bermain bola secara professional.

Sekarang aku mewakili Staff FC. Tapi situasinya jauh berbeza dengan zaman aku di UPM. Dalam Staff FC aku bukan lah seorang star. Aku tidak sehebat dulu. Dulu berat badan ku 57kg. Sekarang dah 80kg. So, paham-paham sendiri la. Aku pun tak ingin menjadikan bolasepak ini sebagai kerier ku. Nasib baik aku tak menjadi seorang pemain bolasepak professional. Sebab bolasepak kat Malaysia ni tak de future.

Tapi aku gembira bermain bolasepak kembali. Aku kini bersama Staff FC. Walaupun kini Staff FC hanya bertaraf amatur, sekurang-kurang nye Staff FC memiliki seorang player yang bertaraf pro iaitu DOGEK. Aku akan cube ajak member-member aku yang pandai main bola untuk bekerja di UTP. Oleh itu mereka akan dapat mewakili Staff FC. Aku telah kenal pasti seorang budak bernama IPIN. Dia penyerang skuad Piala Presiden Perak tahun 2007 & 2008. Sekarang die sedang belajar di Politeknik. Dia dapat tawaran untuk mewakili Perak tahun depan. Tapi die fade-up sebab elaun dia masa main Piala Presiden masih tertunggak. Harap-harap dia akan mewakili Staff FC satu hari nanti.

All the Best Staff FC...

---------------------------------------------------------------------

Translation upon request

No Response to "New Club"