Monday, June 8, 2009

Cameron Highland, June 2009

Assalamualaikum wbt....

Sekadar berkongsi pengalaman. Baru-baru ini aku telah ke Cameron Highland yang merupakan salah satu kawasan peranginan di Malaysia. Untuk makluman, kampung ku terletak di Sungkai. Kampung isteriku di Ipoh. Perjalanan dari Sungkai ke Ipoh pasti akan menempuh Tapah...

Cameron Highland terletak lebih kurang 60km dari pekan. Alhamdulillah, jalan untuk naik ke Cameron tidak seperti dulu. Aku masih teringat waktu aku kecil-kecil dahulu, jika hendak ke Cameron, umpama menempuh azab perjalanan yang teramat seksa. Mana kan tidak, jalan nya sempit. Tambahan pula, kami terpaksa bertarung nyawa dengan gaung yang terdapat di lereng-lereng bukit. Tapi, sekarang semuanya telah berubah. Walaupun jalan nya tidah beitu besar, namun bagi ku ia lebih baik berbanding dahulu...

Bukan jalan yang hendak aku ceritakabn di sini. Tapi aku ingin berkongsi keadaan cuaca di sana. Sebelum aku tiba di puncak Cameron, aku telah terbayangkan cuaca yang dingin dan nyaman. beberapa kali aku berpesan kepada isteri ku supaya tidak terlupa akan baju sejuk agar kami tidak kesejukan kelak...

Namun, sangkaan ku nyata meleset. Setibanya aku di Ringlet iaitu salah sebuah pekan di cameron highland, aku berasa amat hairan... Hairan kerana terikan matahari yang amat panas. Jika dahulu, apabila kami sampai di Ringlet, kami akam membuka tingkap kereta dan menutup air cond untuk menikmati udara dingin dan segar. Namun kali ini keadaannya cukup berbeza. Walaupun udaranya sedikit dingin, namun ia tidak mampu untuk melawan panahan matahari..

Aku merungut kepada isteri ku dan isteri ku pun bersetuju dengan rungutan ku itu. Apabila tiba di Tanah Rata, aku dapati cuaca nya tetap sama. Aku betul-betul bingung. Terus terang aku katakan bahawa tujuan aku ke Cameron Highland adalah untuk menikmati udara segar dan dingin. Tapi aku berasa sangat hampa kali ini.

Huh...agaknya ini lah kesan pemanasan global yang berlaku sekarang ni... Itu sahaja yang aku ingin kongsikan pada kali ini.. Sebenarnya banyak yang aku ingin kongsikan. Tapi takde mood nak taip sekarang ni... Nanti aku sambung lagi bab Cameron Highland ni..