Tuesday, April 6, 2010

LPP vs NAFAS

Assalamualaikum... anda bersama saya, Haji Hasbullah Awang bagi mengikuti perkembangan perlawanan bolasepak persahabatan diantara LPP dan NAFAS...

Cehhh.. berangan jadi pengulas suka la pulak.. Btw, lame tak dengan cite. aku pun lame tak becerita. kali ni datang pulak mood nak bercerita.

Baru-baru ni (3/4/2010 - sabtu)telah berlangsungnya sukan persahabatan diantara LPP dan NAFAS. Aku macam biasa la, main bola sepak. jiwa aku memang dah jiwa bola sepak. walau pun tak sehebat dulu, tapi tetap terpilih untuk main dengan pasukan LPP.

So, team baru, mood pun baru. team ni kire ok la skit dari team UTP. Team UTP tu pelik skit.

Kali ni aku berperanan sebagai defend kanan.. mula2 reserve. pastu, 2nd half main sampai abis. Game hari tu kire ok. cume finishing jer tak bape bagus. LPP bolos pulak disebabkan gol sendiri kedua-duanya.. pendek kate, miss communication dalam padang.. nak cite panjang lebar pun takde semangat. sebab kalah.. kalah ok lagi, ni kalah ngn gol sendiri lak tu...

so, keputusan muktamad:
LPP : 1
NAFAS : 2

*gambar akan menyusul.. tapi kalo malas nak tunggu, leh tengok kat Fecebook aku.

Wednesday, December 16, 2009

Laos 1 - Malaysia 3


Assalamualaikum...

Buat kesekian kalinya aku menulis tentang bola sepak Malaysia. Kali terakhir aku pergi ke stadium melihat Malaysia main ialah pada tahun 2001, perlawanan final Sukan SEA di Stadium Shah Alam. Keputusannya sungguh mengecewakan dimana Malaysia kecundang 0-1 kepada Thailand hasil jaringan sendiri penjaga gol Malaysia. Pada malam tu aku punya la frust menonggeng. Sukar untuk menggambarkan kekecewaan aku.

Kita tutup sejarah lama. Kita buka cerita baru. Malaysia berjaya buat kali ke 10 layak ke final bola sepak Sukan Sea yang berlansung di Laos ketika ini. Ini satu perkara yang membanggakan. Skuad Bawah 23 Negara melangkah ke final setelah melalui ranjau yang berliku. Diperingkat kumpulan mereka berjaya menafikan kehebatan Thailand di perlawanan terakhir yang menentukan pasukan manakah yang layak ke separuh akhir. Walau pun peluang Malaysia sudah tertutup rapat, namun pada perlawanan terakhir menentang Thailand mereka membuktikan tiada apa yang mustahil di dalam bola sepak. Ketika Thailand hanya memerlukan keputusan seri bertemu Malaysia dan mereka mendahului sehingga minit ke 80 perlawanan, ternyata itu belum cukup untuk Thailand bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. 10 minit terakhir di manfaatkan oleh anak buah K. Rajagopal untuk menjaringkan 2 gol sekali gus mematikan langkah Thailand untuk ke separuh akhir.

Itu cerita di peringkat kumpulan. Apabila layak ke seperuh akhir, Malaysia dijadual bertemu tuan rumah, Laos. Satu lagi ujian getir yang menanti pemain Malaysia. Mereka bukan sahaja berhadapan dengan pemain Laos yang memiliki kepantasan, malah ribuan penyokong tuan rumah yang membanjiri Stadium Nasional di Vientane. Misi Malaysia kini ialah melangkah ke peringkat akhir. Secara teknikal, Malaysia mempunyai sedikit kelebihan. Namun, percaturan taktikal amat penting di dalam perlawanan penting sebegini rupa. Malaysia berjaya menguasai babak pertama perlawanan. Hasilnya jaringan cantik Badrol Bakhtiar menerusi sepakan gunting yang dilakukan dalam kotak penalti. Gol tu memang aku respect. World class!!! Di dalam 'off-position' pun die mampu untuk melakukan sepakan gunting. Malaysia di dedan sehingga tamat separuh masa pertama. Masuk separuh masa kedua, aku memang dah jangkakan bahawa Laos akan bermain mati-matian. mereka tidak henti-henti mengasak kubu Malaysia. Pertahanan Malaysia bertahan dengan begitu baik. Namun rembatan jauh daripada pemain Laos pada minit 72 terus menerjah gawang gol Malaysia. Aku mulai panik. Kerana gol tersebut pastinya akan meningkatkan semangat pemain-pemain Laos.

Dalam keadaan genting seperti ini, pemain-pemain seharusnya tenang dan tidak terlalu tertekan atau ghairah dalam mencari gol. Ini yang ditunjukkan oleh pemain Malaysia di mana apabila Laos berjaya mengikat kedudukan, mereka menyerang seperti biasa. 5 minit selepas Laos menjaringkan, tiba-tiba lanbungan S.Kunalan terkena palang gol. Sekali lagi Badrol berada di kedudukan yang tepat dan menyambar bola yang melantun daripada palang tersebut. Stadium Nasional kembali sunyi. Yang kedengaran hanyalah sorakan penyokong Malaysia yang tidak sampai 300 orang. Gol tersebut menambahkan lagi keyakinan pemain Malaysia. Malaysia terus mengasak dan pada masa yang sama Laos sangat tertekan untuk mencari gol penyamaan. Sedang asyik Laos menyerang ke kubu Malaysia, Malaysia melancarkan satu serangan balas. Larian solo Nor Shahrul Idlan disebelah kiri berjaya menggelecek 2 pemain Laos sebelum mengumpan kepada Safiq Rahim untuk menjaring kan gol ke 3 Malaysia. Kali ini Malaysia sudah hampir pasti ke perlawanan Akhir. Aku pun mampu untuk menarik nafas lega dengan kedudukan ini. Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan keputusan itu, Malaysia mengesahkan slot perlawanan Akhir. Lawan Malaysia di perlawanan akhir nanti adalah Vietnam. Vietnam berjaya membelasah Singapura 4-1. Ia merupakan isyarat kepada Malaysia tentang kekuatan yang dimiliki oleh Vietnam. Vietnam memiliki kepantasan di bahagian serangan. Mereka mempunyai asas kemahiran bolasepak yang kukuh. Selain bijak menyempurnakan peluang yang terhidang. Kekuatan fizikal juga memihak kepada Vietnam.Lagi satu kelebihan yang yang dimiliki ialah percaturan taktikal oleh jurulatihnya. Perlawanan penting seperti perlawanan akhir Sukan Sea, taktikal memainkan peranan yang cukup penting.

Oleh yang demikian, saranan aku kepada K. Rajagopal ialah, beliau perlu bijak membaca perlawanan. Perlu bermain dengan taktikal dan tidak bergantung harap sepenuhnya kepada keupayaan pemain. Ini kerana, jika kita bandingkan kemampuan pemain Malaysia dengan Vietnam memang kita kalah. Bola sepak merupakan permainan mental dan fizikal. So, kita perlu gunakan kedua-duanya sekali.

Bagi pemain pula, aku ingin menasihatkan supaya mereka bermain dengan keras sedikit. Dengan bermain dengan sedemikian, ia akan dapat meningkatkan keyakinan para pemain apabila berhadapan dengan pihak lawan.

Akhir kata, aku mendoakan yang terbaik untuk pasukan Negara. Insya Allah, jika kita bersungguh-sungguh, pasti kejayaan akan menjadi milik kita, Amin......

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 'IDUL FITRI




Assalamualaikum...

Dikesempatan ini, saya dan seisi keluarga (Ruzlin Hafinaz, Wan 'Izza Alya dan Wan Iz'aan Adam) mengucapkap 'Selamat Menyambut Hari Raya 'Idul Fitri' dan Maaf Zahir Batin.

Kali ni Beraya sederhana sahaja sebab tak de gaji. Bulan 10 nanti baru gaji masuk. Maklum la, mula-mula kerja kerajaan ni lambat sikit gaji masuk.

Kepada semua kaum keluarga dan sahabat handai, dari sudut hati ku yang ikhlas ini, aku memaafkan segala dosa.

Monday, June 8, 2009

Cameron Highland, June 2009

Assalamualaikum wbt....

Sekadar berkongsi pengalaman. Baru-baru ini aku telah ke Cameron Highland yang merupakan salah satu kawasan peranginan di Malaysia. Untuk makluman, kampung ku terletak di Sungkai. Kampung isteriku di Ipoh. Perjalanan dari Sungkai ke Ipoh pasti akan menempuh Tapah...

Cameron Highland terletak lebih kurang 60km dari pekan. Alhamdulillah, jalan untuk naik ke Cameron tidak seperti dulu. Aku masih teringat waktu aku kecil-kecil dahulu, jika hendak ke Cameron, umpama menempuh azab perjalanan yang teramat seksa. Mana kan tidak, jalan nya sempit. Tambahan pula, kami terpaksa bertarung nyawa dengan gaung yang terdapat di lereng-lereng bukit. Tapi, sekarang semuanya telah berubah. Walaupun jalan nya tidah beitu besar, namun bagi ku ia lebih baik berbanding dahulu...

Bukan jalan yang hendak aku ceritakabn di sini. Tapi aku ingin berkongsi keadaan cuaca di sana. Sebelum aku tiba di puncak Cameron, aku telah terbayangkan cuaca yang dingin dan nyaman. beberapa kali aku berpesan kepada isteri ku supaya tidak terlupa akan baju sejuk agar kami tidak kesejukan kelak...

Namun, sangkaan ku nyata meleset. Setibanya aku di Ringlet iaitu salah sebuah pekan di cameron highland, aku berasa amat hairan... Hairan kerana terikan matahari yang amat panas. Jika dahulu, apabila kami sampai di Ringlet, kami akam membuka tingkap kereta dan menutup air cond untuk menikmati udara dingin dan segar. Namun kali ini keadaannya cukup berbeza. Walaupun udaranya sedikit dingin, namun ia tidak mampu untuk melawan panahan matahari..

Aku merungut kepada isteri ku dan isteri ku pun bersetuju dengan rungutan ku itu. Apabila tiba di Tanah Rata, aku dapati cuaca nya tetap sama. Aku betul-betul bingung. Terus terang aku katakan bahawa tujuan aku ke Cameron Highland adalah untuk menikmati udara segar dan dingin. Tapi aku berasa sangat hampa kali ini.

Huh...agaknya ini lah kesan pemanasan global yang berlaku sekarang ni... Itu sahaja yang aku ingin kongsikan pada kali ini.. Sebenarnya banyak yang aku ingin kongsikan. Tapi takde mood nak taip sekarang ni... Nanti aku sambung lagi bab Cameron Highland ni..

Tuesday, May 26, 2009

Khas Untuk Mu Madal
















Thursday, March 26, 2009

You'll Never Walk Alone


Rase nye 1x je dapat tengok sepanjang hayat ni. Liverpool, pasukan kesayangan ku membelasah Man U, pasukan yang paling aku FUCK. Yang paling manis ia berlaku di Old Trafford, stadium paling besar di kalangan kelab2 England.


Ternyata Benitez telah merungkai segala kelemahan yang dimiliki oleh United. Apa yang aku dapat adaptasi dari daripada taktikal Benitez, untuk mengalahkan United perlu ada Defensive Midfielder (DM) yang bagus. Liverpool tidah dinafi menpunyai barisan DM yang bagus seperti Alonso, Masherano dan Lucas. Pada masa yang sama Gerrard juga mampu untuk bertindak sebagai DM.


Pada malam yang penuh bersejarah itu, United kelihatan seperti orang bodoh. Ronaldo tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Seperti biasa, Gerrard akan mengemudi dengan tenang. walaupun ketinggalan seawal minit permainan, namun Gerrard berjaya mengawal anak-anak buah nya supaya bersabar. Dan hasilnya, 4 gol diperolehi selepas itu.


Minggu tersebut merupak minggu liverpool. Setelah membelasah Real Madrid 4-0 di saingan Liga Juara-Juara, Man Utd menjadi mangsa berikutnya. Belum habis meraikan kejayaan membelasah United, seminggu selepas itu Aston Villa dibelasah 5-0 pula di Anfield. Memang menakjubkan. United pada masa yang sama menerima kekalahan kedua berturut-turut apabila tunduk ditangan Fulham.


Semasa perlwanan bersama United kelihatan agak tertekan. Pengurus Fulham sudah pasti mengambil sedikit tips daripada Benitez tentang bagaimana caranya untuk menundukkan United.


Kini Ferguson pasti gelisah apabila pasukannya sudah hilang fokus. Ferguson perlu mengubah sedikit strategi kerana taktikal yang ampuh pada suatu ketika dahulu telah dilenyapkan sekelip mata oleh Benitez. Ronaldo kian tertekan kerana ketika ini belaiu menjadi mengsa terjahan pihak lawan. Sehingga satu tahap Ronaldo mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin akan meninggalkan England disebabkan layanan keras pemain lawan diatas padang.


Yang sebenarnya, hati Ronaldo sudah tiada di Old Trafford. Hatinya kini di Madrid. Ibu Ronaldo mengimpikan beliau menyarung jersi Real Madrid. Teman wanitanya pula mahu mereka menetap di Spanyol. Akan tetapi Ferguson menidakkan semua itu. Bagi Ferguson, semua pemainnya harus menjadi hambanya. Satu sikap tidak professional Ferguson ialah, apabila pemainnya bagus beliau akan menatang bagai minyak yang penuh dan sebaliknya, jika pemain beliau sudah tidak mampu beraksi baik, beliau akan campakkan nya ke dalam tongsampah. lihat sahaja apa yang terjadi pada Beckham dan Nistelroyy.


Terbaru, Ronaldo meminta agar gajinya dinaikkan kepada 180,000 pound seminggu. Permintaan beliau masih di dalam pertimbangan. Jumlah tersebut merupakan jumpalh yang telah dipersetujui oleh Madrid untuk mendapatkan khidmat Ronaldo.


Walu ape pun, Liverpool tetap dihati..


Terimalah lagu dari ku ini...


You'll Never Walk Alone


When you walk through a storm
Hold your head up high
And don’t be afraid of the dark
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain,
tho’ your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on with hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone
Walk on, walk on with hope in your heart
And you’ll never walk aloneYou’ll never walk alone

Thursday, March 12, 2009

COME BACK!!!!!

Assalamualaikum & Salam Reformasi...
Sudah lama rasanya tidak memblogkan diri ini. Memang lame betul. Dah lame tak bagi perkembangan semasa tentang diri ini dan hal-hal semasa. Bukan aku sengaja tak nak memblog. Tapi internet kat ofis aku ni tibe2 block access ke laman blogspot. Sebab tu la aku lama menyepi. Walau ape pun, selamat bertemu kembali.
Adios!!!!!!

Monday, December 1, 2008

AKU DEMAM

Assalamualaikum & Salam Reformasi...



Lama rasanya aku tidak meluangkan masa disini. Untuk makluman semua, aku tidak bagitu sihat kebalakangan ni. Aku demam, selsema, batuk dll. Mungkin ini lah balasan dari Allah terhadap dosa-dosa yang telah aku lakukan di muka bumi ini. Aku tidak pernah menyesal. Sekurang-kurangnya aku tahu Allah telah membalas dosa-dosa yang aku buat. Mudah-mudahan seksa di Akhirat akan berkurangngan.



Terima Kasih kepada RAZIF atau panggilan manjanya JIMEK yang sesalu berkunjung ke blog aku. Semoga hang success dalam hidup hang. Ingat, pangkat dan wang ringgit bukan lah segalanya. Kalau hang kaya, tak semestinya hang akan bahagia.



Sekarang aku dah sihat dan akan memblog semula.. Tungguuuuu........

Wednesday, November 26, 2008

New Club



Staff FC. Ini lah kelab terbaru aku. setelah lebih 5 tahun aku gantung but, tiba-tiba aku telah ditawarkan kontrak untuk bersama Staff FC untuk satu tempoh aku sendiri un tak tahu.

Sebelum Staff FC, telah banyak kelab yang aku wakili. Terutama semasa aku belajar di UPM pada tahun 2001-2003. Di UPM aku mula mewakili Kolej 13. Kolej 13 telah menlonjakkan nama ku. Aku pernah di lantik sebagai kapten. No jersi aku 7. Orang gelar aku beckham. aku pu tak tau kenapa. Sedangkan aku tak pernah suka Beckham. May be sebab aku pakai jersi no. 7 dan karektor aku di dalam padang lebih agresif dan tegas.

Mase aku bermain untuk Kolej 13, team mate aku sume nye best. Striker aku, pernah main untuk milo cup untuk skuad pahang, Lagi seorang striker, pemain coca-cola cup skuad Sabah. Dalam team tu ade seorang pemain Piala Presiden Negeri Sembilan. Dia selalu berulang dari UPM ke Seremban semata-mata untuk training dengan Team Negeri Sembilan. Mula-mula, dia lah kapten team aku. Die main bagus gile. Tapi die tak boleh bagi arahan di dalam padang. Sejak daripada itu, aku di lantik menjadi kapten.

Semasa aku bermain untuk Kolej 13, aku bermain dibahagian MC dan DM. Kadang-kadang aku ditarik untuk bermain di RB. Kemuncak kerjaya aku sewaktu bermain untuk Kolej 13, aku telah dipilih untuk sesi pemilihan Skuad UPM dalam menghadapi Celcom Uni-league. Namun hajat aku untuk mewakili UPM tidak kesampaian kerana telah di dapati bersalah memulaukan pihak pengurusan Kolej 13. Kes tersebut telah dipanjangkan kepada pihak pengurusan UPM FC. Akhirnya, aku dan seorang kawan aku telah digugurkan.

Aku beralih angin. Aku tidak lagi bersama Kolej 13. Aku mewakili Kolej 14 pulak. Jodoh aku dengan Kolej 14 tak lame. Aku di dismissed kan dari UPM. Sejak daripada itu, aku telah berhenti bermain bola secara professional.

Sekarang aku mewakili Staff FC. Tapi situasinya jauh berbeza dengan zaman aku di UPM. Dalam Staff FC aku bukan lah seorang star. Aku tidak sehebat dulu. Dulu berat badan ku 57kg. Sekarang dah 80kg. So, paham-paham sendiri la. Aku pun tak ingin menjadikan bolasepak ini sebagai kerier ku. Nasib baik aku tak menjadi seorang pemain bolasepak professional. Sebab bolasepak kat Malaysia ni tak de future.

Tapi aku gembira bermain bolasepak kembali. Aku kini bersama Staff FC. Walaupun kini Staff FC hanya bertaraf amatur, sekurang-kurang nye Staff FC memiliki seorang player yang bertaraf pro iaitu DOGEK. Aku akan cube ajak member-member aku yang pandai main bola untuk bekerja di UTP. Oleh itu mereka akan dapat mewakili Staff FC. Aku telah kenal pasti seorang budak bernama IPIN. Dia penyerang skuad Piala Presiden Perak tahun 2007 & 2008. Sekarang die sedang belajar di Politeknik. Dia dapat tawaran untuk mewakili Perak tahun depan. Tapi die fade-up sebab elaun dia masa main Piala Presiden masih tertunggak. Harap-harap dia akan mewakili Staff FC satu hari nanti.

All the Best Staff FC...

---------------------------------------------------------------------

Translation upon request

Friday, November 21, 2008

MY FAMILY




Keluarga Besar ku.


Berdiri dari kiri: Wan Khairul Fadzli (abg ngah) & Wan Khairul Fahmi (ude).


Duduk di belakang dari kiri: Wan Zulkifli (papa), Hasanah (mama), Wan 'Izza Alya (Yaya), Ruzlin Hafinaz (ibu) & Wan Faiezatul Husna (jaja)


Duduk di hadapan dari kiri: Wan Khairul Fardan (bob), Wan Khairul Faizee (aku), Wan Faridatul Husna (ida) Wan Farhana Husna (kakak) & WanFayyadhana Husna (Fayad)


Papa: Usahawan Berjaya (macam-macam bisnes papa buat)


Mama: Isteri Solehah (salu join bisnes papa)


Abg Ngah: Final Sem di UIA, Ijazah Undang-Undang (bakal lawyer)


Kakak: Jurulatih PLKN, Kem Banting


Ude: 2nd Year di UTM, Skudai, Ijazah Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (bakal engineer)


Ida: Masih memikirkan apa yang harus dilakukan (baru habis SPM)


Bob: TIngkatan 4, SMK Teknik Slim River. (tahun depan SPM)


Jaja: Tingkatan 2, SMK Sungai Kruit (tahun depan PMR)


Fayad: Baru Habis UPSR (result, 2A 3B)


Yaya: Umur baru 1 tahun 4 bulan. (dah pandai mengamuk, nakal dan petah bercakap)


Ibu: Guru di Sultan Yusuf School (isteri mithali)


Ayah: Aku... Sekarang bekerja di UTP (tapi sambil2 tu buat bisnes jgk. ikut jejak langkah papa)


----------------------------------------------------------------------


Translation upon request

Thursday, November 20, 2008

Staff FC, UTP, Metro 16 Nov 2008


Staff FC, UTP (jersi kuning) Berdiri dari kiri: Mahidzal, Shafawi, Remy, Faizee, Sayuthi
Duduk dari kiri: El-Yas, Sham, Yusry, Fathimie, Mesarat, Salmi, Lan (jersi keeper ungu)

Metro, 16 Nov 2008

Melaka, 8 Nov: Satu perlawanan persahabatan diantara Petronas Penapisan Melaka (PPM) dengan Universititi Petronas (UTP) telah berlangsung di padang bolasepak PPM pada 8 Nov yang lalu. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh PPM 1-0.

Gol dijaringkan pada separuh masa pertama hasil rembatan kencang dari dalam kotak penalti. Penaja gol UTP gagal membaca sepakan tersebut akibat dihalang oleh beberapa pertahan UTP.

UTP bangkit dengan memperkemaskan jentera tengah. Namun penyudah yang tumpul mengakibatkan gol gagal dihasilkan. Barisan pertahanan UTP juga dilihat kucar kacir akibat bermain secara bertahan.

Separuh masa kedua, UTP telah melakukan satu pertukaran dengan memasukkan Faizee untuk bertindak dibahagian pertahanan kanan. Kemasukan Faizee berjaya mengkoordinasi bahagian pertahanan dengan melancarkan beberapa perangkap offside.

UTP berusaha mencari gol penyamaan. Hasil dari satu serangan balas, bola hantaran Salmi dari tepi singgah di kepala Fatimie iaitu penyerang UTP. Namun tandukan Fatimie lemah dan liar dan usaha mencari gol masih menemui jalan buntu.

Separuh masa kedua juga menyaksikan kedua-dua pasukan membuat pertukaran. PPM cuba mengendurkan asakan dan bermain secara 'counter attack'. PPM hampir menambah jaringan apabila aksi kala jengking yang cuba dilakukan oleh penyerang mereka setelah mendapat hantaran cantik gagal menemui pintu gol.

Tamat permainan, keputusan muktamad PPM 1, UTP 0...

Wednesday, November 19, 2008

IBU & YAYA

Salam...

Mereka adalah buah hati aku. Ibu bernama Ruzlin, anak bernama Alya @ Yaya. Umur ibu sebaya dengan ku. Umur Yaya pulak baru 1 tahun 4 bulan. Tanggal 19hb July hari tu, kami bau menyambut hari lahir Yaya yang pertama..

11hb Dis nanti, hari lahir Ibu pulak. Hmmm... tengah plan nak celebrate macam mana pada hari tu. Ibu bekerja sebagai guru kontrak. Gaji nya lebih banyak dari aku. tapi aku tak kisah...

Yang penting kami bertiga bahagia... Hmmmm.... bile nak berempat pulak ek? Hanya Allah yang tau...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Translation upon request

KNOW ME...


Full Name : Wan Khairul Faizee Bin Wan Zulkifli
NickName : Fai, Gebang, Bet
Address : 1292, Jalan Bunga Tanjong,
Sungai Tapah,
30020 Ipoh,
Perak
Contact No : 012-5007411 (h/p)
Education : SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar (2ndary School)
Universiti Putra Malaysia (Dismissed)
Politeknik Sultan Azlan Shah, PSAS (Dip. in Marketing)
Status : Married
Wife's Name : Ruzlin Hafinaz Bt Redzuan
Child's Name : Wan 'Izza Alya
Career : Clerk nd Businessman
Type of Business : Trading and Contactor
Name of Employer : Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Achivement :
1. Kolej 13, UPM Football Player
2. Best Student, Politeknik Sultan Azlan Shah (3rd Convo Ceremony)
3. Yang DiPertua, Majlis Perwakilan Pelajar (PSAS)
4. Staff FC, UTP
Interest : Sports, PlayStation, Vacation,
Favourite Football Club : Liverpool (You'll Never Walk Alone)
*note: this pic was taken in 2003. please view profile to get new pic.

Welcome Drink!!!

Assalamualaikum...

This is my 1st day here. Nothing much i can say. Hopefully you will:

1. Share
2. Feel
3. Comment
4. Enjoy

Actually this is the only media i have to share to everyone of you my life and experience. You are most welcome to give your comments, share your life regardless its happy or sorrow.

Later on, i will provide my profile for your views and hopefully its makes us closer.

Bye for now. See you very soon.

Wassalam

*sorry, there's no juice or even plain water served. hehehehe...